Terbuka Indian Wells: Alcaraz, Norrie bertemu di suku akhir

Alcaraz tenang membalas pukulan lawan pada aksi pusingan keempat / AFP

INDIAN WELLS, 12 Mac – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz meneruskan penguasaannya di Terbuka Indian Wells selepas menundukkan pilihan ke-13 dari Norway, Casper Ruud dalam aksi pusingan keempat awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alcaraz menang straight sets 6-1, 7-6 (2) selepas set kedua ditentukan menerusi tie-break.
  • Beliau menempah tiket ke suku akhir untuk bertemu wakil Britain, Cameron Norrie.
  • Daniil Medvedev juga mara, menewaskan Alex Michelsen 6-2, 6-4; kedua-dua pemain dianggap pilihan utama.

Juara dua kali kejohanan ATP Masters 1000 itu mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan straight sets 6-1, 7-6 (2).

Selepas mendominasi set pertama dengan mudah, Alcaraz menerima tentangan sengit daripada Ruud pada set kedua yang memaksa perlawanan ditentukan menerusi tie-break.

Bagaimanapun, ketenangan pemain Sepanyol itu memastikan beliau menempah tiket ke suku akhir dan akan bertemu wakil Britain, Cameron Norrie.

Norrie meraikan kejayaan mara ke pusingan suku akhir / AFP

Norrie, yang merupakan pilihan ke-27 kejohanan mara selepas menewaskan pemain kelayakan dari Australia, Rinky Hijikata dengan keputusan 6-4, 6-2.

Dalam pada itu, pilihan ke-11 dari Rusia, Daniil Medvedev turut mengesahkan tempat ke suku akhir.

Medvedev antara pemain pilihan pada kejuaraan kali ini / AFP

Medvedev tidak berdepan masalah besar untuk menyingkirkan pemain tuan rumah, Alex Michelsen menerusi kemenangan selesa 6-2, 6-4.

Kemenangan ini meletakkan Alcaraz dan Medvedev sebagai antara pilihan utama untuk merangkul kejuaraan pada edisi kali ini.-REUTERS