
MELBOURNE, 27 Januari – Pemain tenis No. 1 dunia, Aryna Sabalenka tidak berdepan masalah untuk mengesahkan slot ke saingan separuh akhir Terbuka Australia.
- Aryna Sabalenka mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Iva Jovic 6-3, 6-0.
- Kemenangan meletakkan Sabalenka di landasan terbaik untuk mengejar gelaran ketiga berturut-turut.
- Sabalenka juara pada 2023 dan 2024, kini dibayangi peluang untuk mempertahankan gelaran.
- Beliau akan bertemu sama ada Coco Gauff atau Elina Svitolina dalam aksi separuh akhir.
Dalam saingan suku akhir yang berlangsung di Rod Laver Arena, hari ini menyaksikan Sabalenka berjaya menewaskan pemain muda dari Amerika Syarikat, Iva Jovic dengan keputusan 6-3, 6-0.
Kemenangan itu membolehkan Sabalenka berada di landasan terbaik untuk meraih gelaran Terbuka Australia buat kali ketiga.
Pemain dari Belarus itu yang muncul juara pada 2023 dan 2024, dijadual bertemu sama ada Coco Gauff atau Elina Svitolina pada aksi separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Sabtu ini.
Terdahulu dalam saingan suku akhir hari ini, Sabalenka memulakan aksi dengan baik apabila berupaya mendominasi set pertama tanpa sebarang masalah.
Iva Jovic yang kali pertama beraksi pada saingan suku akhir Terbuka Australia dilihat sukar untuk menyerap tekanan dengan baik serta mudah melakukan kesilapan terutama pada set kedua.
Kelemahan yang dipamerkan pemain muda dari Amerika Syarikat itu membuka ruang kepada Sabalenka untuk mengesahkan kemenangan pada set kedua. – REUTERS