Terbuka AS: Sabalenka mara ke suku akhir, sasar kejuaraan hatrik

Foto AFP

NEW YORK, 7 Sept – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir kejohanan tenis Terbuka AS selepas menundukkan wakil tuan rumah, Taylor Townsend, menerusi kemenangan ‘straight set’ pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan memastikan impian Sabalenka merangkul gelaran tiga kali berturut-turut kekal di landasan tepat.
  • Di Stadium Arthur Ashe, Sabalenka bangkit daripada ketinggalan 1-3 sebelum menutup perlawanan 6-4, 6-3.
  • Beliau wajib menjuarai Terbuka AS untuk mengekalkan status nombor satu dan akan berdepan Linda Noskova.

Kemenangan tersebut memastikan impian bintang Belarus berkenaan untuk merangkul gelaran juara tiga kali berturut-turut kekal berada di landasan tepat.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe, Sabalenka bangkit daripada ketinggalan 1-3 pada set kedua sebelum memuktamadkan kemenangan 6-4, 6-3.

Sabalenka yang wajib menjuarai kejohanan ini demi mengekalkan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia, bakal berdepan juara Terbuka Wimbledon pilihan keenam dari Republik Czech, Linda Noskova bagi perebutan tiket ke separuh akhir.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.