Solberg muncul pendahulu satu saat Safari Rali Kenya

FOTO RTM

NAIVASHA, 14 Mac – Pemandu Sweden, Oliver Solberg mendahului saingan Safari Rali Kenya dengan kelebihan satu saat menjelang aksi hujung minggu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ogier beri tekanan hebat selepas catat masa terpantas pada sesi khas Jumaat.
  • Ogier merapatkan jurang selepas Solberg kehilangan hampir 30 saat akibat tayar pancit pada peringkat kelapan.
  • Toyota menguasai tiga kedudukan teratas dengan Evans di tempat ketiga; Katsuta alami dua tayar pancit dan tamat di tempat ketujuh.

Pemandu Toyota Gazoo Racing itu bagaimanapun menerima tekanan hebat daripada rakan sepasukan, Sebastien Ogier yang mencatat masa terpantas pada sesi khas pada Jumaat.

Ogier berjaya merapatkan jurang selepas Solberg kehilangan hampir 30 saat akibat tayar pancit pada peringkat kelapan.

Toyota turut menguasai tiga kedudukan teratas apabila pemandu Wales, Elfyn Evans berada di tempat ketiga, sedikit melebihi 20 saat di belakang Ogier.

Pasukan itu hampir mengisi lima kedudukan teratas sebelum pemandu Jepun, Takamoto Katsuta mengalami masalah tayar pancit pada kedua-dua tayar hadapan ketika peringkat ketujuh.

Insiden itu menyebabkan Katsuta terpaksa memperlahankan kenderaan sebelum menamatkan saingan di kedudukan ketujuh keseluruhan.-REUTERS