KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Pemain skuasy wanita utama negara, S. Sivasangari meneruskan prestasi cemerlang di kejohanan Terbuka Silicon di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, untuk mara ke separuh akhir.
- Sivasangari mara ke separuh akhir Terbuka Silicon selepas menewaskan Amanda Sobhy 3-1 dalam suku akhir sengit.
- Kemenangan dicapai dengan keputusan 12-10, 12-10, 8-11, 11-6 dalam aksi selama 48 minit.
- Ini adalah kemenangan keempat Sivasangari ke atas Sobhy dalam enam pertemuan mereka.
- Di separuh akhir, Sivasangari akan menentang pilihan ketujuh dari Mesir, Salma Hany.
Pemain nombor lapan dunia yang juga pilihan ketiga kejohanan itu menampilkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan 3-1 (12-10, 12-10, 8-11, 11-6) ke atas pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat itu dalam pertarungan sengit selama 48 minit di peringkat suku akhir.
Kejayaan tersebut merupakan kemenangan keempat Sivasangari ke atas Sobhy, 32 tahun, dalam enam pertemuan mereka setakat ini.
Pada saingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini, pemain berusia 26 tahun itu bakal berdepan cabaran pilihan ketujuh dari Mesir, Salma Hany, yang sebelum ini mengejutkan pilihan kedua dari Jepun, Satomi Watanabe dalam satu lagi aksi suku akhir.