Serie A: McTominay selamatkan maruah Napoli

Bintang Scotland dan Napoli, Scott McTominay bersama rakan sepasukan meraikan jaringan ketika menentang inter Milan/ AFP

MILAN, 12 Januari – Dua jaringan Scott McTominay memastikan Napoli berkongsi satu mata selepas seri 2-2 ketika bertemu pendahulu liga, Inter Milan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Scott McTominay menyamakan kedudukan dua kali, memastikan Napoli seri 2-2 dengan gol penting pada minit ke-26 dan ke-81.
  • Inter mendahului melalui Federico Dimarco dan penalti Hakan Calhanoglu selepas kekasaran terhadap Henrikh Mkhitaryan.
  • Antonio Conte diarah keluar padang selepas marah ekoran keputusan penalti; Napoli kekal di tangga ketiga liga.

Bermain sebagai pasukan pelawat, Napoli bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan Inter pada minit ke-9 permaianan menerusi Federico Dimarco.

McTominay berjaya menyamakan kedudukan 1-1 buat Napoli pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, Inter sekali lagi mendahului Napoli menerusi gol kedua hasil penalti yang disempurnakan oleh Hakan Calhanoglu pada minit ke-72 berpunca daripada kekasaran yang dilakukan Amir Rrahmani terhadap Henrikh Mkhitaryan.

Keputusan itu turut mencetuskan kemarahan jurulatih Inter, Antonio Conte, yang diarah keluar padang kerana mengamuk di tepi padang.

McTominay menjadi wira Napoli dengan gol penyamaan hasil sepakan voli pada minit ke-81 permainan.

Keputusan seri itu membolehkan Napoli berada di tangga ketiga liga memungut 39 mata ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Inter Milan. – AFP