Sang Saka Biru tidak gentar jumpa juara

Pengendali PDRM, Eddy Gapil /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mac – PDRM FC bertekad menampilkan aksi terbaik menjelang pertemuan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurulatih Eddy Gapil akui cabaran besar menanti, namun tetap optimis pasukan mampu meraih keputusan positif.
  • Kejurulatihan akan menilai keseluruhan pasukan termasuk isu kecederaan untuk memastikan pemain dalam kondisi terbaik.
  • Kekuatan dan mentaliti positif ditekankan supaya pemain percaya pada kemampuan diri serta mampu bersaing dengan juara liga.

Ketua jurulatihnya, Eddy Gapil berkata pasukan berdepan cabaran besar, namun tetap optimis mampu mencatat keputusan positif.

“Cabaran besar menanti kita. Saya bersama barisan kejurulatihan perlu menilai keseluruhan pasukan termasuk kecederaan pemain.

“Harapan saya pemain dapat bangkit dan memberikan aksi terbaik, seterusnya meraih keputusan positif,” katanya dalam sidang baru-baru ini.

Beliau turut menekankan kepentingan kekuatan mental dalam kalangan pemain bagi menghadapi perlawanan tersebut.

“Pemain perlu ada mentaliti positif dan percaya kepada kemampuan diri serta pasukan,” katanya.

Pertembungan kedua-dua pasukan dijadual berlangsung pukul 10 malam esok di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Sang Saka Biru kini berada di tangga tercorot Liga Super dengan 10 mata selepas 18 perlawanan, manakala JDT kekal di puncak liga dan telah mengesahkan kejuaraan ke-12 berturut-turut.