Real Madrid raih kemenangan pertama Arbeloa di sebalik ejekan penyokong

Raul Asencio (tengah) meraikan jaringan gol kedua bersama Kylian Mbappe (kiri) dan Arda Guler pada aksi Real Madrid menentang Levante dalam saingan LaLiga/ AFP

MADRID, 17 Januari – Real Madrid menewaskan Levante 2-0 dalam aksi LaLiga di Santiago Bernabeu untuk menghadiahkan kemenangan pertama kepada ketua jurulatih baharu, Alvaro Arbeloa, meskipun berdepan ejekan penyokong sendiri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Real Madrid menang 2-0 atas Levante untuk beri kemenangan pertama kepada jurulatih baharu Alvaro Arbeloa.
  • Kylian Mbappe menjaringkan penalti manakala Raul Asencio menambah gol tandukan pada separuh masa kedua.
  • Kemenangan meredakan tekanan selepas minggu sukar termasuk kekalahan Piala Super dan penyingkiran Copa del Rey.

Gol Kylian Mbappe menerusi sepakan penalti dan tandukan Raul Asencio memastikan tiga mata penting buat Los Blancos, yang kini merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu liga, Barcelona.

Kemenangan itu hadir selepas minggu sukar buat Real Madrid, termasuk kekalahan di final Piala Super Sepanyol dan penyingkiran dalam Copa del Rey.

Arbeloa, yang menggantikan Xabi Alonso, meraikan kejayaan tersebut seiring dengan ulang tahun kelahirannya ke-43.

Mbappe menjaringkan gol ke-19 liga musim ini, manakala jaringan Asencio pada separuh masa kedua menenangkan suasana di Bernabeu selepas tekanan hebat daripada penyokong. -AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan