Projek tambahan SSMP pastikan pembelajaran, latihan sukan lebih kondusif

Foto FB Fadhlina Sidek

KUANTAN, 17 Februari – Persekitaran pembelajaran serta latihan sukan yang lebih kondusif untuk atlet, guru dan seluruh warga sekolah mampu diwujudkan melalui projek pembinaan bangunan dan kemudahan tambahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek SSMP membina asrama, astaka, dewan serba guna dan kuarters untuk tingkatkan kemudahan sekolah sukan.
  • Pembinaan padang hoki sintetik dan padang latihan menambah ruang latihan berkualiti untuk atlet.
  • Inisiatif bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran dan latihan sukan yang lebih kondusif.
  • Matlamat jangka panjang ialah melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang membanggakan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata projek tersebut merangkumi pembinaan asrama, astaka berbumbung, dewan serba guna terbuka, kuarters, padang hoki sintetik, padang latihan dan pelbagai kemudahan lain itu bertujuan menampung keperluan di SSMP.

Tambahnya, SSMP perlu terus hebat dan melahirkan lebih ramai jaguh sukan yang membanggakan negara di persada antarabangsa pada masa hadapan.

“SSMP hebat dalam sukan ragbi. Saya mengikuti rapat perkembangan pasukan ‘Falcons’ yang berjaya mengungguli kejohanan berprestij peringkat kebangsaan, Super Schools Rugby 2025 dan yang terkini, muncul juara Kejohanan Ragbi Asia Tujuh Sebelah Bawah 19 Tahun 2026,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina juga berharap SSMP terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sukan negara.