Piala Agong Ke-42, sembilan pasukan bakal berentap

Setiausaha Agung Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia, Fahmy Jalil pada sidang media Majlis Undian Piala Agong 2026 di Wisma OCM / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 April – Sembilan pasukan ragbi sedia berentap bagi memburu kejuaraan berprestij dalam saingan Piala Agong edisi ke-42 bermula 9 Mei hingga 28 Jun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemunculan semula Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka menjadikan saingan lebih sengit.
  • Juara bertahan PDRM mengetuai Kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur dan Kelantan.
  • Naib juara Johor mengetuai Kumpulan B bersama ATM, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kedah.
  • Kejohanan menjadi medan pemilihan skuad kebangsaan; pemain berpeluang tampil di Kejohanan SEA 15s di Thailand.

Kejohanan lapan minggu itu dijangka lebih sengit dengan kemunculan semula pasukan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Juara bertahan PDRM bakal mengetuai Kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Naib juara edisi lalu, Johor akan menerajui Kumpulan B bersama Angkatan Tentera Malaysia – ATM, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kedah.

Format pertandingan melibatkan fasa kumpulan hingga ke peringkat akhir.

Aksi final dijadual berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam pada 28 Jun.

Selain merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 51,000, dimana Johan membawa pulang RM 20,000.

Setiausaha Agung Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia, Fahmy Jalil memaklumkan kejohanan ini menjadi medan pemilihan pemain skuad kebangsaan.

Mereka berpeluang menyarung jersi skuad Bunga Raya 15 sebelah bagi menghadapi cabaran Kejohanan SEA 15s Men’s Championship di Thailand, Julai nanti.###