
ALMATY, 13 Januari – Kazakhstan antara segelintir negara yang mempunyai pemain tenis lelaki dan wanita dalam kedudukan 10 terbaik dunia, menurut agensi berita Kazinform pada Isnin, yang memetik Persekutuan Tenis Kazakhstan, lapor Xinhua.
- Elena Rybakina kekal stabil dalam kelompok 10 terbaik WTA, menduduki tempat kelima awal 2026.
- Alexander Bublik menang acara Jelajah ATP di Hong Kong, China.
- Kemenangan Bublik melonjakkan beliau ke tangga ke-10 ranking dunia ATP.
- Bublik menjadi pemain lelaki Kazakhstan pertama menembusi kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain tenis wanita utama Kazakhstan, Elena Rybakina mengekalkan kedudukan stabil dalam kelompok 10 terbaik bagi ranking Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan berada di kedudukan kelima pada awal 2026.
Bagi kategori lelaki pula, Alexander Bublik baru-baru ini memenangi acara Jelajah ATP (Persatuan Profesional Tenis) di Hong Kong, China.

Susulan kemenangan itu, ranking dunia ATP beliau melonjak ke tangga ke-10, sekali gus menjadikan beliau pemain tenis lelaki Kazakhstan pertama dalam sejarah yang berjaya menembusi kelompok 10 terbaik dunia. -BERNAMA-XINHUA