Olimpik Musim Sejuk: Britain bertemu Kanada dalam final curling lelaki

Pasukan Britain dan Kanada masing-masing meraikan kemenangan dalam perlawanan separuh akhir curling lelaki di Stadium Olimpik Cortina Curling/AFP

CORTINA D’AMPEZZO, 20 Februari- Pasukan Britain menewaskan Switzerland 8-5 pada separuh akhir untuk layak berdepan Kanada dalam perlawanan akhir curling lelaki Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 di Stadium Olimpik Cortina Curling ada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Britain menang 8-5 ke atas Switzerland untuk layak ke final menentang Kanada.
  • Kanada menewaskan Norway 5-4 dalam separuh akhir lain.
  • Kontroversi melibatkan dakwaan penipuan antara pemain Sweden dan Kanada, serta perubahan pengadilan WCF yang dibatalkan.

Kemenangan itu memberi peluang kepada kuartet Britain memperbaiki pencapaian pingat perak mereka di Beijing empat tahun lalu.

Di separuh akhir lain, Kanada menewaskan Norway 5-4.

Kejohanan curling lelaki kali ini turut diwarnai kontroversi apabila pemain Sweden, Oskar Eriksson, menuduh pemain Kanada, Marc Kennedy menipu yang kemudian dibalas dengan kata-kata kesat oleh Kennedy.

Kennedy bagaimanapun menegaskan insiden itu tidak mengubah imej sukan dan menegaskan curling perlu mengemas kini reputasi ‘genteel’ sukan tersebut.

Persekutuan Curling Dunia (WCF) bertindak memperkenalkan dua pengadil bagi setiap empat ‘sheet’, satu langkah besar dalam sukan yang biasanya mengutamakan pemain mengadili sendiri.

Namun selepas protes daripada pasukan, WCF membatalkan langkah pengadil tambahan itu. -AFP