NBA denda Luka Doncic AS$50,000 atas tindakan tidak profesional

Bintang Los Angeles Lakers, Luka Doncic / AFP

LOS ANGELES, 11 Mac – Bintang Los Angeles Lakers, Luka Doncic, dikenakan denda AS$50,000 oleh NBA selepas melakukan isyarat yang dianggap “tidak wajar dan tidak profesional” terhadap seorang pengadil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden berlaku suku ketiga; Doncic anggap Diawara patut dikenakan kesalahan serangan, tetapi pengadil beri kesalahan menghalang kepadanya.
  • Semasa terlentang, Doncic menggosok jari-jemarinya ke arah pengadil, memberi isyarat seolah-olah pengadil 'dibayar'.
  • Beberapa kali bertelagah dengan pengadil musim ini; sudah mengumpul 15 kesalahan teknikal, satu lagi sebelum penggantungan automatik.
  • Baki 18 perlawanan musim biasa; Lakers kini di kedudukan kelima Konferens Barat.

Menurut kenyataan NBA pada Selasa, insiden itu berlaku ketika Lakers menewaskan New York Knicks dalam perlawanan pada Ahad lalu.

Situasi tercetus pada suku ketiga apabila Doncic beranggapan pemain Knicks, Mohamed Diawara, sepatutnya dikenakan kesalahan serangan.

Namun, pengadil sebaliknya meniup wisel dan memberikan kesalahan menghalang (blocking foul) terhadap Doncic yang ketika itu terjatuh di gelanggang.

Ketika berada dalam keadaan terlentang, pemain antarabangsa Slovenia itu dilihat menggosok jari-jemarinya ke arah pengadil, satu isyarat yang seolah-olah memberi gambaran bahawa pengadil telah “dibayar”.

Doncic juga beberapa kali dilaporkan mempunyai pertikaian dengan pengadil sepanjang musim ini.

Sehingga Selasa, beliau sudah mengumpul 15 kesalahan teknikal, hanya satu lagi sebelum dikenakan penggantungan automatik satu perlawanan.

Dengan baki 18 perlawanan musim biasa, Lakers kini berada di kedudukan kelima Western Conference.-AFP