MOTOGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

Foto fail

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif dalam kempen musim ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas aksi cemerlang pada sesi kelayakan.
  • Perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 akibat kemalangan; hanya 12 pelumba kembali bertanding untuk lima pusingan penentuan.
  • Kemenangan diraih Máximo Quiles, diikuti Marco Morelli 0.143 saat di belakang, dan Veda Pratama di tempat ketiga 1.650 saat.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, semalam.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 pusingan susulan kemalangan yang berlaku.

Perlumbaan yang bermula dengan penyertaan 24 pelumba itu menyaksikan hanya 12 pelumba kembali bersaing dalam lima pusingan penentuan selepas insiden berkenaan.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Máximo Quiles, yang menewaskan Marco Morelli dari Argentina dengan kelebihan tipis 0.143 saat (s).

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang menamatkan perlumbaan 1.650s di belakang juara.
– BERNAMA