Misi tebus maruah, Arsenal tekad bangkit di Lisbon

Pemain Arsenal menjalani latihan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Sporting Lisbon, 8 April ini./foto AFP

LONDON, 6 April Arsenal turun menjalani latihan terakhir pada Isnin dengan misi besar untuk memulihkan maruah dan kredibiliti pasukan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Sporting Lisbon, 8 April ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arsenal berada di bawah tekanan untuk membuktikan keupayaan selepas impian empat kejuaraan mereka berkecai.
  • Kekecewaan tewas final Piala Liga dan penyingkiran Piala FA menuntut respons paling ampuh di pentas Eropah.
  • Walaupun mendahului liga, cabaran di Lisbon kritikal, Arteta perlu memacu kebangkitan mental untuk pulihkan maruah dan terus mara.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini berada dalam tekanan untuk membuktikan keupayaan sebenar mereka selepas impian meraih empat kejuaraan musim ini berkecai.

Kekecewaan tewas di perlawanan akhir Piala Liga serta penyingkiran mengejut daripada saingan Piala FA baru-baru ini menuntut The Gunners untuk memberikan respons paling ampuh di peringkat Eropah.

Meskipun masih mendominasi takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan sembilan mata, cabaran di Lisbon dilihat sebagai medan kritikal bagi memastikan musim cemerlang mereka tidak terus rabak akibat kegagalan domestik.

Arteta kini perlu memacu kebangkitan mental anak buahnya bagi memastikan maruah kelab London itu kembali diperkasakan, sekali gus mencerahkan peluang melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh yang lama. – REUTERS