
NILAI, 10 April – Program Road to Gold (RTG) akan melalui proses penilaian semula dalam mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini.
- Penilaian merangkumi strategi dan hala tuju RTG serta langkah penambahbaikan untuk memperkukuh prestasi atlet negara.
- RTG merupakan inisiatif utama untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.
- Beliau meninjau latihan skuad berbasikal trek di Velodrom Nasional sebagai persiapan pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, penilaian itu akan merangkumi penelitian terhadap strategi semasa serta hala tuju program, termasuk usaha penambahbaikan bagi memperkukuh prestasi atlet negara.
“Kita akan bermesyuarat pada bulan Mei untuk melihat, menilai dan meneliti keseluruhan strategi RTG. Sudah pasti akan ada sedikit perubahan dan langkah penambahbaikan yang akan diumumkan selepas itu,” katanya.
Program RTG adalah antara inisiatif utama kerajaan yang bertujuan melahirkan atlet berprestasi tinggi sekali gus mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan sesi latihan skuad berbasikal trek negara di Velodrom Nasional, di sini.
Ia sebagai persiapan persiapan menjelang pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 April ini.