Malayan Tigress sedia hadapi cabaran Futsal Wanita ASEAN 2026

Skuad futsal Malayan Tigress berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026 – FAM

SEPANG, 20 Februari – Skuad futsal wanita negara, Malayan Tigress hari ini berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026 yang akan berlangsung dari 24 Februari hingga 2 Mac ini di Korat, Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad Malayan Tigress bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026.
  • Malaysia diundi dalam Kumpulan A dan akan membuka kempen menentang Indonesia, diikuti pertembungan dengan tuan rumah Thailand.
  • Senarai akhir 14 pemain diumumkan oleh FAM bagi menghadapi kejohanan berprestij rantau ASEAN ini.

Seramai 14 pemain dipilih untuk membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan berprestij rantau ASEAN ini.

Pegawai-pegawai pasukan yang turut serta dalam kejohanan kali ini – FAM

Skuad kendalian ketua jurulatih, Jamhuri Zainuddin itu diundi dalam Kumpulan A dan akan membuka tirai kempen menentang Indonesia pada 25 Februari ini.

Malayan Tigress kemudian akan berdepan tuan rumah, Thailand sehari selepas itu di Terminal 21 Korat.

Sementara itu, Kumpulan B pula disertai empat pasukan iaitu juara bertahan Vietnam, Myanmar, Filipina dan Australia.

Juara dan naib juara Kumpulan A dan B akan melangkah ke separuh akhir pada 28 Februari, sementara perlawanan akhir dan tempat ketiga akan berlangsung pada 2 Mac 2026.

Senarai akhir Malayan Tigress – FAM

Pasukan negara kini bersedia sepenuhnya bagi menggalas cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di pentas serantau.

Senarai akhir Malayan Tigress – FAM

Terdahulu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengumumkan, senarai akhir 14 pemain yang akan ke kejuaraan itu.

Senarai akhir Malayan Tigress – FAM

Pemain-pemain berkenaan adalah Noorasyeimah Mohamad Rashid, Asma Junaidi, Hanis Farhana Shamsul Azizan, Nur Afrina Azhar, Siti Asnidah Zamri, Thivyashini Jegatesan dan Intan Zainal Azhar.

Senarai akhir Malayan Tigress – FAM

Turut terpilih, Nur Syafiqah Zainal Abidin, Nur Shazreen Munazli, Nur Lyana Soberi, Fatin Shahida Azmi, Ayuna Anjani Lamsin, Nur Harizah Mohd Zaini dan Intan Sarah Anisah Zulgafli.