
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Negeri Sembilan FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Kuala Lumpur (KL City) FC 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
- Ahmad Khuzaimi sumbat penalti untuk KL City pada minit 16.
- Victor Ruiz menyamakan kedudukan pada minit 25.
- Nicolao Dumitru gol pada minit 39 membawa KL City mendahului 2-1.
- Insiden minit 80: VAR hadiahi penalti, Aday Ali sempurna (min 81); Prijaca dan Vidakovic dilayangkan kad merah; keputusan 2-2 kekal.
Pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan, Ahmad Khuzaimi Piee, pada minit ke-16.
Namun, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-25 hasil jaringan Victor Ruiz Abril.

KL City kemudian mendahului 2-1 pada minit ke-39 menerusi jaringan Nicolao Manuel Dumitru Cardoso untuk memastikan kelebihan memihak tuan rumah sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, aksi semakin rancak dan ketegangan memuncak pada minit ke-80 selepas berlaku insiden pelanggaran melibatkan kapten KL City, Giancarlo Gallifuoco, dan Joseph Esso.
Insiden itu turut menyaksikan penolong ketua jurulatih KL City, Prijaca Edin, dilayangkan kad merah ketika pengadil melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Hasil semakan VAR tersebut, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Aday Ali Abdulraheem Kharroub pada minit ke-81 untuk menyamakan kedudukan 2-2.
Drama perlawanan terus berlanjutan apabila ketua jurulatih KL City, Vidakovic Savic Risto, turut dilayangkan kad merah pada minit ke-83 kerana membantah keputusan pengadil.

Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan meskipun kedua-dua pasukan terus mencari gol kemenangan pada penghujung aksi.
KL City kini ditangga keempat liga selepas mengumpul 43 mata daripada 23 perlawanan, manakala Negeri Sembilan menghuni tangga ketujuh dengan 26 mata hasil daripada 23 perlawanan.