Liga Juara Eropah: Sepakan penalti Lazar bantu Atalanta singkirkan Dortmund

Foto AFP

BERGAMO, 26 Februari– Sepakan penalti Lazar Samardzic pada masa kecederaan menghadiahkan Atalanta kemenangan 4-1 ke atas Borussia Dortmund awal pagi tadi sekali gus menyaksikan kelab Itali itu mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara Eropah dengan agregat 4-3.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepakan penalti Lazar Samardzic pada minit ke-98 memastikan Atalanta menang 4-1 dan mara ke pusingan 16 terakhir.
  • Atalanta bangkit selepas mendahului Dortmund sebelum rehat melalui gol Gianluca Scamacca dan Davide Zappacosta.
  • Mario Pasalic meletakkan Atalanta ke hadapan secara agregat, diikuti gol Karim Adeyemi yang menghidupkan peluang Dortmund.
  • Ramy Bensebaini dilayangkan penalti kerana mengangkat kaki tinggi mengenai Nikola Krstovic dalam kotak penalti.

Dortmund yang mempunyai kelebihan 2-0 dilihat tertekan sejak wisel awal selepas Atalanta menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi gol Gianluca Scamacca dan Davide Zappacosta.

Mario Pasalic kemudian meletakkan tuan rumah di depan secara agregat, tetapi percubaan solo Karim Adeyemi menghidupkan semula peluang Dortmund.

Ketika perlawanan dijangka berlanjutan ke masa tambahan, Ramy Bensebaini dihukum selepas mengangkat kaki tinggi sehingga terkena muka Nikola Krstovic di dalam kotak penalti.

Peluang itu tidak disia-siakan Samardzic dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-98.

Atalanta akan berdepan sama ada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal atau juara Jerman, Bayern Munich pada pusingan 16 terakhir menerusi undian malam esok. -AFP