Komanwel: Erry bangga lakar pencapaian sama dengan bapa

Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat / Foto BERNAMA

SEPANG, 1 Ogos – Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat menyifatkan pingat emas yang diperoleh pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 sebagai pencapaian paling bermakna dalam kerjayanya selepas menyamai kejayaan bapanya, Hidayat Hamidon, 28 tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kata-kata semangat bapa sebelum pertandingan melonjakkan motivasi, membantu dia bertahan walau menanggung kesakitan.
  • Akan fokus kepada Sukan SEA Malaysia 2027 dan kembali menjalani latihan intensif selepas bercuti seminggu.
  • Merancang bina kerjaya tetap untuk jamin masa depan dan sumber pendapatan stabil.
  • Dijangka tamat pengajian Ijazah Pembangunan Sumber Manusia di UPM hujung tahun; merangkul emas dengan jumlah angkatan 331 kg dan rekod temasya.

Muhammad Erry memaklumkan, kata-kata semangat yang diberikan bapanya menerusi panggilan telefon dua hari sebelum pertandingan menjadi pembakar semangat sepanjang saingan.

“Kata-kata semangat dan itu melonjakkan motivasi saya. Walaupun masih menanggung kesakitan, saya ketepikan semuanya.

“Apa sahaja yang berlaku ketika itu saya reda. Tak kisahlah cuaca sejuk atau apa jua cabaran, saya tetap akan bertahan dan itulah matlamat saya selepas terima panggilan daripada ayah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sejurus tiba di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Mengulas perancangan selepas ini, atlet berusia 26 tahun itu berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada Sukan SEA Malaysia 2027 dan kembali menjalani latihan intensif selepas bercuti selama seminggu.

Dalam pada itu, Muhammad Erry turut merancang untuk membina kerjaya tetap bagi menjamin masa depan serta memperoleh sumber pendapatan yang stabil.

Beliau dijangka menamatkan pengajian Ijazah Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hujung tahun ini.

Muhammad Erry merangkul emas di Glasgow selepas mencatat jumlah angkatan 331 kilogram (kg) dalam kategori 79kg.

Catatan itu turut menyaksikan beliau memperbaharui rekod temasya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.