Juara GP Czech: PM ucah tahniah kepada Hakim Danish

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli selepas mencipta kemenangan bersejarah dalam saingan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan Hakim Danish menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang kembali di podium Moto3.
  • Bangkit dari petak ke-14 selepas penalti kelayakan, beliau mempamerkan tunggangan cemerlang untuk meraih juara GP Czech.
  • Kejayaan ini menguatkan perkembangan sukan permotoran negara dan mengukuhkan reputasinya sebagai prospek paling cerah Malaysia.

Menerusi hantaran di platform media sosial X, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat negara.

“Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan,” katanya.

Foto BERNAMA

Terdahulu, Hakim Danish menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk melihat Jalur Gemilang kembali berkibar di podium Moto3 selepas muncul juara GP Czech.

Lebih manis, pelumba berusia 18 tahun itu bangkit daripada kedudukan petak ke-14 susulan penalti yang dikenakan selepas sesi kelayakan sebelum mempamerkan tunggangan cemerlang untuk menjuarai perlumbaan.

Kemenangan tersebut mengakhiri kemarau Malaysia dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir dicapai Khairul Idham Pawi menerusi kemenangan di GP Argentina dan GP Jerman pada musim 2016.

Kejayaan Hakim Danish itu dilihat sebagai petanda positif terhadap perkembangan sukan permotoran negara selain mengukuhkan reputasinya sebagai antara prospek paling cerah Malaysia di pentas perlumbaan dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.