Josh Sargent perkuat Toronto FC, pemain paling mahal MLS

Foto REUTERS

TORONTO, 5 Mac– Toronto FC secara rasmi memperkenalkan penyerang antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Josh Sargent sebagai pemain baharu mereka pada Rabu selepas berjaya mengikat kontrak perpindahan bernilai tinggi daripada kelab England, Norwich City.

RINGKASAN BERITA AI
  • Josh Sargent diperkenalkan sebagai penyerang baru Toronto FC selepas perpindahan besar dari Norwich City.
  • Yuran perpindahan sekitar AS$27 juta menjadikan Sargent antara pemain paling mahal dalam sejarah MLS.
  • Sargent mempunyai rekod gol kukuh di kelab dan antarabangsa, termasuk 53 gol untuk Norwich sejak 2021.

Sargent, 26 tahun, menyertai kelab tersebut dengan yuran perpindahan mencecah AS$27 juta, sekali gus menjadikannya antara pemain paling mahal dalam sejarah liga Major League Soccer (MLS).

Sepanjang bersama Norwich City sejak tahun 2021 selepas berhijrah dari kelab Jerman, Werder Bremen, Sargent telah merekodkan 53 gol dalam 147 perlawanan.

Sewaktu di Werder Bremen pula, beliau berjaya meledak 13 gol dalam 72 penampilan sepanjang tiga musim.

Di peringkat antarabangsa, Sargent telah mengumpul 29 kaps bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dan berjaya menjaringkan lima gol, setakat ini. -REUTERS