Jepun tewaskan Taiwan 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C

Skuad bola sepak wanita Jepun meraikan jaringan kedua ketika aksi Kumpulan C Piala Asia Wanita menentang Taiwan di Perth, Australia, hari ini. /REUTERS

PERTH, 4 Mac – Kuasa besar Asia, Jepun, terpaksa bekerja keras bagi menembusi benteng pertahanan Taiwan sebelum berjaya mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Asia Wanita, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jepun menang 2-0 ke atas Taiwan selepas bekerja keras menembusi pertahanan lawan.
  • Gol dijaringkan Momoko Tanikawa (minit ke-61) dan Kiko Seike pada masa kecederaan.
  • Kemenangan meletakkan Jepun di kedudukan teratas Kumpulan C dengan tiga mata.

Dalam saingan yang berlangsung di HBF Park di Perth menyaksikan Jepun sukar untuk menguasai bola dengan baik terutama pada separuh masa pertama.

Aksi cemerlang penjaga gol Taiwan, Wang Yu-ting juga menjadi punca Jepun sukar mendapatkan gol pada separuh masa pertama.

Gol awal permainan hadir pada minit ke-61 yang dijaringkan oleh Momoko Tanikawa selepas memanfaatkan hantaran Hana Takahashi.

Jaringan tersebut membolehkan Jepun memberikan tekanan kepada lawan sekali gus dapat mengawal rentak permainan dengan baik.

Sementara itu, gol kedua Jepun hadir pada masa kecederaan menerusi tandukan deras pemain gantian, Kiko Seike.

Kemenangan itu membolehkan Jepun berada di kedudukan teratas Kumpulan C, berkongsi tiga mata dengan pasukan di tempat kedua India.

Selepas ini Jepun dijadual menentang India dalam aksi kedua Kumpulan C pada 7 Mac ini. – REUTERS