Fernandez-Pardo sah sertai Newcastle

Foto AFP

LONDON, 2 September – Newcastle United berjaya mendapatkan khidmat penyerang Belgium, Matias Fernandez-Pardo, dari Lille dengan nilai perpindahan dilaporkan mencecah £51 juta pound (AS$69 juta).

RINGKASAN BERITA AI
  • Fernandez-Pardo bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang bersama The Magpies yang sedang membentuk semula skuad selepas kehilangan beberapa pemain.
  • Pemain berusia 21 tahun tidak diturunkan ketika Lille melawan PSG dan ditugaskan menjalani latihan berasingan sementara masa depannya diputuskan.
  • Beliau membantu kelab menamatkan Ligue 1 di tempat ketiga musim lalu dan turut mewakili Belgium pada Piala Dunia FIFA 2026.
  • Pengurus Matthias Jaissle memuji kemahiran teknikal, kepantasan, keberanian dan kemampuannya menjaringkan gol serta mencipta bantuan jaringan.

Fernandez-Pardo bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang bersama The Magpies yang kini dalam proses membentuk semula skuad selepas kehilangan Anthony Gordon, Bruno Guimaraes dan Sandro Tonali pada jendela perpindahan musim panas.

Pemain berusia 21 tahun itu tidak diturunkan ketika Lille menentang Paris Saint-Germain minggu lalu dan diarahkan menjalani latihan berasingan daripada skuad utama sementara masa depannya diputuskan.

Fernandez-Pardo yang menyertai Lille dari Genk pada 2024 serta membantu kelab itu menamatkan saingan Ligue 1 di tempat ketiga musim lalu.

Beliau turut mewakili Belgium pada Piala Dunia FIFA 2026.

“Saya tahu mengenai kelab ini, saya tahu mengenai stadium dan saya tahu suasananya sangat hebat. Saya mengikuti perkembangan pasukan ini.

“Apa yang saya lihat ialah sebuah pasukan yang mempunyai cita-cita besar. Saya masih muda dan masih dahagakan kejayaan. Itulah sebabnya saya berada di sini dan saya mahu terus berkembang bersama Newcastle,” katanya.

Fernandez-Pardo telah lama diintai Newcastle selama beberapa bulan.

Pengurus Newcastle, Matthias Jaissle, menyifatkan Fernandez-Pardo sebagai pemain berkemahiran teknikal tinggi dan memiliki kepantasan dalam permainannya.

“Dia mampu menjaringkan gol dan mencipta bantuan jaringan, berani serta mempunyai keupayaan untuk melepasi pemain lawan.

“Kami yakin penyokong akan menikmati persembahannya. Dia sudah membuktikan di Lille bahawa dia mampu beraksi di pentas besar,” menurut Jaissle. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.