Bekas jurulatih Real Madrid, Arbeloa dilantik pengurus Fulham

foto REUTERS

LONDON, 8 Julai – Bekas jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa, dilantik sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menandatangani kontrak tiga tahun; bekas anggota skuad Sepanyol juara Piala Dunia 2010.
  • Memiliki kerjaya pemain cemerlang di Real Madrid, memenangi Liga Juara Eropah dua kali.
  • Kepimpinannya di Real Madrid kurang berjaya; penyingkiran Copa del Rey awal dan kekalahan kepada Bayern dalam Liga Juara Eropah.

Bekas pemain pertahanan berusia 43 tahun itu yang merupakan anggota skuad kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 menandatangani kontrak selama tiga tahun.

“Kelab dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Alvaro Arbeloa sebagai Ketua Jurulatih baharu Fulham,” menurut Fulham dalam satu kenyataan.

Arbeloa menikmati kerjaya yang sangat cemerlang sebagai pemain Real Madrid dengan memenangi Liga Juara Eropah sebanyak dua kali.

Namun, beliau kurang berjaya ketika mengemudi pasukan berkenaan sebagai jurulatih selepas menggantikan Xabi Alonso pada Januari tahun ini.

Arbeloa, yang mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, menggantikan Marco Silva, yang melepaskan jawatan selepas musim lalu.

Silva membimbing Fulham menamatkan saingan di tangga ke-11 liga dan kini mengendalikan kelab gergasi Portugal, Benfica.

Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho, yang mengambil alih Real Madrid.

“Ia adalah satu penghormatan besar buat saya untuk memulakan lembaran baharu bersama Fulham FC, kelab bola sepak tertua di London.

“Saya memikul tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggungjawab,” kata Arbeloa dalam satu kenyataan.

Tempoh singkat Arbeloa sebagai ketua jurulatih Real Madrid dicemari penyingkiran awal pada pusingan 16 terbaik Copa del Rey selepas tewas kepada kelab divisyen kedua, Albacete, selain beberapa kekalahan mengecewakan dalam La Liga yang memusnahkan harapan pasukan untuk memburu kejuaraan.

Real Madrid turut tersingkir pada suku akhir Liga Juara Eropah selepas tewas kepada Bayern Munich, sekali gus menyaksikan kelab itu mengharungi musim kedua berturut-turut tanpa sebarang trofi. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.