
MADRID, 24 Jun – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, secara rasmi mengumumkan bahawa mereka telah mendapatkan khidmat penyerang muda Mesir, Hamza Abdelkarim, secara tetap selepas mengaktifkan klausa pelepasan yang dimiliki kelab itu.
Abdelkarim, yang dipinjamkan daripada Al Ahly tiba di Barcelona pada jendela perpindahan Januari lalu dan beraksi bersama skuad Juvenil A (kategori bawah 16 hingga bawah 18 tahun) bagi baki musim tersebut.
Pemain berusia 18 tahun itu menjaringkan enam gol dalam 11 perlawanan, prestasi yang meyakinkan Barcelona untuk menandatanganinya secara kekal dengan kontrak sehingga 2029.
Kelab itu tidak mendedahkan nilai perpindahan, namun beberapa media Sepanyol melaporkan nilainya sekitar 1.5 juta euro (AS$1.7 juta), tidak termasuk bayaran tambahan berdasarkan prestasi.
Ketika ini, Abdelkarim sedang bersama skuad kebangsaan Mesir di Piala Dunia 2026.
Dia telah diturunkan dalam kedua-dua perlawanan bagi skuad The Pharaohs menentang Belgium dan New Zealand. – AFP