
FLORIDA, 23 Mac – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, berazam meningkatkan prestasi selepas tersingkir mengejut di pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Miami, awal pagi tadi.
- Alcaraz tewas kepada Sebastian Korda 3-6, 7-5, 4-6.
- Korda pilihan ke-32 raih kemenangan terbesar kerjaya, mengesahkan keputusan dengan servis penamat tidak dapat dikembalikan.
- Kekalahan memberi Alcaraz lebih masa persiapan untuk musim gelanggang tanah liat, bermula dengan Monte-Carlo Masters bulan depan.
- Taylor Fritz mara selepas menewaskan Reilly Opelka, sementara Tomas Etcheverry atasi Rafael Jordar dan akan berdepan Tommy Paul.
Alcaraz tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Sebastian Korda, 3-6, 7-5, 4-6 dalam perlawanan sengit yang menyaksikan kemenangan terbesar dalam karier Korda.
Korda yang diletakkan sebagai pilihan ke-32 berjaya bangkit walaupun gagal menamatkan perlawanan pada set kedua, sebelum mengesahkan kemenangan menerusi servis penamat yang tidak dapat dikembalikan dalam set penentuan.
Kekalahan itu menyaksikan Alcaraz mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan menghadapi musim gelanggang tanah liat yang bakal bermula dengan kejohanan Monte-Carlo Masters bulan depan.
Sementara itu, Korda dijadual berdepan pemain Sepanyol, Martin Landaluce, pada pusingan seterusnya.
Dalam aksi lain, pemain AS, Taylor Fritz, mara ke pusingan berikutnya selepas menewaskan Reilly Opelka 6-3, 6-4.
Pemain Argentina, Tomas Etcheverry, turut mencatat kemenangan ke atas Rafael Jordar 7-5, 6-4 dan akan bertemu Tommy Paul yang menewaskan Raphael Collignon. -REUTERS