Alcaraz, Sabalenka bermula garang di Terbuka AS

Foto AFP

NEW YORK, 1 September – Lapan minggu berehat akibat kecederaan pergelangan tangan kanan, Carlos Alcaraz kembali menerajui saingan Terbuka AS dengan kemenangan straight set 6-4, 6-4, 6-4 ke atas Roman Safiullin dalam pusingan pembukaan, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Carlos Alcaraz mengesahkan kesediaannya untuk mempertahankan gelaran Terbuka AS.
  • Aryna Sabalenka mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Camila Osorio, menanti pertemuan dengan Polina Iatcenko.
  • Stan Wawrinka tewas kepada Matteo Berrettini dan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Grand Slam sebelum bersara hujung musim.

Kemenangan dalam tempoh 139 hari sejak perlawanan terakhirnya itu melegakan pemain Sepanyol berkenaan sekali gus mengesahkan kesediaannya mempertahankan kejuaraan.

Turut cemerlang pemain wanita nombor satu dunia, Aryna Sabalenka setelah menumpaskan Camila Osorio 6-2, 6-4 untuk menempah pertemuan pusingan kedua menentang Polina Iatcenko.

Tumpuan hari kedua kejohanan turut menyaksikan pemain veteran Switzerland, Stan Wawrinka mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Grand Slam.

Pemain berusia 41 tahun itu tewas 7-6(4), 7-6(3), 6-0 kepada Matteo Berrettini sebelum menggantung raket pada penghujung musim ini.

Ringkasan Keputusan Lain:

Stefanos Tsitsipas mengejutkan pilihan ke-10, Arthur Fils, 4-6, 7-6(3), 6-1, 6-4.

Amanda Anisimova menewaskan Ashlyn Krueger 6-1, 6-3 dalam aksi derbi AS.

Karolina Muchova menang selesa 6-3, 6-0 ke atas Sinja Kraus.

Zheng Qinwen bangkit menundukkan Kristina Liutova 4-6, 6-3, 6-1.

Emma Navarro dan Taylor Townsend turut mara selepas menewaskan lawan masing-masing.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.