
MELBOURNE, 18 Januari – Carlos Alcaraz memulakan usaha meraih Grand Slam dengan kemenangan tiga set menentang pemain tuan rumah, Adam Walton, dalam pusingan pertama Terbuka Australia, Ahad.
- Alcaraz menang pusingan pertama Terbuka Australia, layak ke pusingan kedua menentang Yannick Hanfmann.
- Belum pernah lepasi suku akhir di Melbourne Park dalam empat penampilan terdahulu.
- Kejuaraan di Australia akan jadikannya lelaki termuda raih tujuh Grand Slam jika berjaya.
Pemain Sepanyol itu menang 6-3, 7-6 (7/2), 6-2 di Rod Laver Arena. Kemenangan itu menempatkan Alcaraz bertemu pemain Jerman, Yannick Hanfmann, pada pusingan kedua.
Walaupun sudah memenangi enam gelaran utama pada usia 22 tahun, kejayaan di gelanggang keras Melbourne Park masih menjadi kekosongan besar dalam rekod Alcaraz.
Beliau belum pernah melepasi suku akhir dalam empat penampilan di Terbuka Australia, termasuk tewas kepada Novak Djokovic tahun lalu dan Alexander Zverev pada tahun sebelumnya.
Sekiranya berjaya menamatkan kemarau di Australia, Alcaraz akan menjadi lelaki termuda memenangi Grand Slam, mendahalui bekas rakan senegaranya, Rafael Nadal, yang menyempurnakan empat gelaran utama pada usia 24 tahun.
Beliau juga akan menjadi lelaki termuda memenangi tujuh gelaran Grand Slam sejak Bjorn Borg pada usia 23 tahun.- AFP