
RIYADH, 5 April – Al Hilal kehilangan mata penting dalam saingan Liga Pro Saudi selepas sekadar seri 2-2 menentang Al Taawoun di laman sendiri pada Sabtu.
- Mohamed Meite membuka jaringan untuk tuan rumah pada separuh masa pertama.
- Andrei Girotto menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit untuk pasukan pelawat.
- Marcos Leonardo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 bagi mengelakkan kekalahan.
- Keputusan itu menyaksikan Al Hilal ketinggalan lima mata di belakang Al Nassr, kekal di tangga kedua.
Mohamed Meite meletakkan tuan rumah di hadapan pada separuh masa pertama, namun dua gol dalam tempoh 12 minit yang dilkakukan pasukan pelawat mengubah kedudukan, dengan pertahanan Andrei Girotto menjaringkan kedua-dua gol tersebut.
Pasukan dari Riyadh itu terpaksa bergantung kepada penyerang utama, Marcos Leonardo, yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 bagi mengelakkan kekalahan.
Keputusan seri itu menyaksikan Al Hilal kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Al Nassr, dalam perebutan kejuaraan, selain hanya berada di tangga kedua menerusi perbezaan jaringan di hadapan Al Ahli.
Al Nassr sebelum itu melebarkan kedudukan di puncak carta pada perlawanan minggu ke-27 selepas menewaskan Al Najmah pada Jumaat, hasil dua jaringan oleh bintang sensasi, Cristiano Ronaldo.
Sementara itu, Al Taawoun kekal di tangga kelima dan melanjutkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan. Seterusnya, pasukan dari Buraidah itu bakal menentang Al Kholood yang kini berada di kedudukan ke-14 liga.- REUTERS