85 atlet Perak terima ganjaran berjumlah RM139,450 tahun lepas

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama barisan atlet negeri Perak yang berjaya menyumbang pingat ketika Sukan SEA Thailand 2025/ RTM

IPOH, 29 Januari – Kerajaan Negeri Perak menyalurkan insentif berjumlah RM139,450 kepada 85 atlet yang telah mengharumkan nama negeri itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • 40 atlet menerima RM45,650 melalui Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak 2025.
  • 45 atlet diberi RM93,800 atas sumbangan pingat di Sukan SEA Thailand 2025.
  • Insentif bertujuan motivasi, menggalakkan sasaran ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Daripada jumlah tersebut, seramai 40 atlet menerima insentif berjumlah RM45,650 susulan prestasi cemerlang di bawah Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak 2025.

Manakala sebanyak RM93,800 disampaikan kepada 45 atlet negeri Perak yang berjaya menyumbang pingat ketika Sukan SEA Thailand 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata insentif itu bukan sekadar ganjaran kewangan, malah berfungsi sebagai mekanisme motivasi memastikan atlet terus konsisten mengekalkan momentum kemenangan.

“Kita rasa begitu teruja dan berbangga apabila kita dapat tahu bahawa ramai sekali anak-anak Perak yang mewakili Malaysia dalam Sukan SEA baru-baru ini dan bahkan mereka, kita lihat tadi memakai pingat yang mereka menangi,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak siri 1 2026 dan Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kontinjen SUKMA serta Insentif Kecemerlangan Atlet Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Tambah Datuk Seri Saarani, pemberian insentif membuktikan kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan wira-wira sukan yang telah mengangkat martabat negeri ke peringkat global.

Ia secara tidak langsung memberi galakan kepada mereka memburu tiket ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik pada masa hadapan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan