37 pelatih NFDP ditempatkan di AMD Pahang

Pelatih NFDP memulakan latihan / FAM

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Seramai 37 pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berusia 16 tahun, ditempatkan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

RINGKASAN BERITA AI
  • 37 pelatih NFDP Generasi 2010 ditempatkan di AMD Gambang untuk Sesi 2026 bermula 11 Januari.
  • Skuad AMD B-16 dikendalikan ketua jurulatih Shukor Adan dengan bantuan Lim Chan Yew, Kuizwan Johari dan Farizal Harun.
  • FAM mengambil alih peranan teknikal NFDP untuk memperkukuh pembangunan bakat secara tersusun dan bersepadu.

Ia bagi sesi 2026 bermula 11 Januari lalu.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pelatih AMD Generasi 2010 itu diletakkan bawah skuad AMD B-16 kendalian ketua jurulatih, Shukor Adan.

“Beliau dibantu penolong ketua jurulatih, Lim Chan Yew dan Kuizwan Johari serta jurulatih penjaga gol, Farizal Harun,” demikian menurut FAM menerusi kenyataan di laman Facebook.

Terdahulu media melaporkan FAM kini mengambil alih peranan teknikal dalam pelaksanaan NFDP.

Majlis Sukan Negara memaklumkan, langkah itu bagi memperkukuh ekosistem pembangunan bakat bola sepak negara secara lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.

Pengambilalihan berkenaan melibatkan aspek teknikal sepenuhnya, selaras dengan kepakaran serta mandat FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan