Polis Melaka terima dua laporan polis berkait DAP

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar

MELAKA, 22 Oktober – Polis Melaka menerima dua laporan polis daripada parti DAP berhubung penyebaran berita palsu di media sosial yang didakwa bertujuan memburukkan nama parti itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan dibuat pada 14 Oktober walaupun penamaan calon PRN Melaka belum bermula.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Kandungan TikTok didakwa bertujuan merosakkan nama parti; DAP membuat laporan menafikan dakwaan.
  • Alex Seah buat laporan dakwa DAP cadangkan tutup zon bebas kenderaan; dakwaan sekolah Rohingya tanpa lesen turut tular.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua laporan dibuat pada 14 Oktober lalu, meskipun proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum bermula.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini ada dua laporan polis walaupun penamaan calon belum berlaku, tapi telah ada dua laporan polis iaitu berkaitan dengan parti politiklah. Yang mana ia telah dibuat pada 14 Oktober baru-baru ini.

“Kandungan di TikTok itu bertujuan untuk merosakkan nama parti itu sendiri. Sebab itu parti DAP buat laporan polis bagi menafikan perkara tersebut,” katanya selepas Taklimat PRN Melaka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang.

Pada 14 Oktober lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah membuat laporan polis terhadap seorang individu.

Laporan itu mendakwa DAP mencadangkan penutupan zon bebas kenderaan (car-free zone atau CFZ) di Bandaraya Melaka.

Selain itu, turut tular dakwaan di media sosial bahawa DAP Melaka melindungi sebuah sekolah agama Rohingya tanpa lesen di Pengkalan Rama Pantai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.