Rusuhan di Perancis: 462 pelajar Malaysia selamat

Foto AFP

PUTRAJAYA, 21 Oktober – Seramai 462 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Perancis dilaporkan selamat, dengan tiada laporan diterima mengenai mereka terlibat atau terjejas secara langsung akibat demonstrasi dan rusuhan di beberapa bandar utama termasuk Paris.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aktiviti pengajian diteruskan; institusi di kawasan terjejas melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.
  • Pelajar dinasihat mengelakkan kawasan terjejas, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengikuti makluman rasmi.
  • KPT bersama Pejabat Atase Pendidikan Paris, Kementerian Luar dan Kedutaan memantau perkembangan bagi memastikan keselamatan pelajar.
  • Ibu bapa dan keluarga diminta bertenang, rujuk sumber rasmi dan pastikan pelajar ikut garis panduan keselamatan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, aktiviti pengajian diteruskan seperti biasa, manakala institusi di kawasan terjejas melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.

“Pelajar Malaysia di Perancis dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan terjejas, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti makluman rasmi.

“Selain itu, pelajar Malaysia di negara-negara Eropah turut dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Perancis sehingga keadaan kembali terkawal,” menurut KPT menerusi hantaran di FB.

KPT menerusi Pejabat Atase Pendidikan Paris dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), Kedutaan Besar Malaysia di Paris dan agensi penaja akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terpelihara.

Selain itu, KPT turut meminta ibu bapa dan keluarga supaya bertenang serta merujuk sumber rasmi, selain memastikan pelajar mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Atase Pendidikan Paris dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.