Rasuah RM30 juta: Penjawat awam direman enam hari

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Oktober – Seorang penjawat awam direman enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM sah rasuah dipercayai balasan untuk mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.
  • Siasatan awal mendapati suspek, seorang Pengarah Unit, melakukan perbuatan antara 2025 hingga 2026.
  • Perintah reman sehingga 26 Oktober dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan SPRM.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan, rasuah itu dipercayai sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan berkenaan antara 2025 hingga 2026,” katanya.

Perintah reman sehingga 26 Oktober ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.