
KUCHING, 21 Oktober – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan pagi tadi selepas disyaki menyerang seorang guru wanita di sebuah sekolah swasta, di sini, pagi tadi.
- Pelajar dilaporkan menggunakan kapak dan membawa mercun semasa kejadian.
- Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca dan mendapatkan bukti berkaitan.
- IPD Kuching menerima maklumat menerusi talian MERS 999 kira-kira pukul 8.03 pagi.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957; orang ramai diminta tidak membuat spekulasi.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak mengesahkan, suspek kini ditempatkan di wad psikiatri Hospital Umum Sarawak bagi tindakan lanjut.
Menurut beliau, pelajar berkenaan menggunakan kapak dan membawa mercun ketika kejadian, sebelum menyerang mangsa hingga cedera.
“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian serta mendapatkan bukti-bukti berkaitan,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.
Terdahulu, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima maklumat mengenai insiden itu menerusi talian MERS 999 kira-kira pukul 8.03 pagi.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian itu bagi menghormati proses siasatan serta menjaga kepentingan semua pihak terlibat.