
KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Semua institusi pendidikan bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan beroperasi seperti biasa pada Khamis, 22 Oktober.
- Semua aktiviti luar ditangguhkan sementara kerana keadaan jerebu.
- Murid yang hadir digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
- Ibu bapa atau penjaga yang bimbang dibenarkan tidak menghantar anak, mesti memaklumkan pihak sekolah.
- Pentadbir sekolah diminta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara dan beri perhatian kepada murid berisiko tinggi.
JPNS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, semua aktiviti luar ditangguhkan berikutan keadaan jerebu.
“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga. Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak juga dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
“Pihak pentadbir sekolah diminta sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, selain memberi perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi,” menurut kenyataan itu.
JPNS turut menasihatkan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah supaya merujuk saluran komunikasi rasmi jabatan atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga pendidikan sentiasa terpelihara.