ECRL pacu ekonomi berganda, tingkat taraf hidup rakyat Pahang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi

KUANTAN, 21 Oktober – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat Pahang, khususnya melalui peluang pekerjaan, perkembangan perniagaan tempatan dan peningkatan aktiviti pelancongan.

RINGKASAN BERITA AI
  • ECRL sebagai pemangkin pembangunan wilayah yang merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan terlibat.
  • Kesan gandaan ekonomi dijangka memberi manfaat kepada peniaga kecil, kontraktor, pengusaha perkhidmatan dan golongan belia.
  • Pembangunan perlu dirancang supaya kemudahan pengangkutan, perumahan mampu milik dan peluang ekonomi dinikmati secara meluas.
  • Kerajaan umum kadar tambang berpatutan termasuk diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi pada bulan pertama operasi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, berkata ECRL bukan sekadar projek pengangkutan moden, sebaliknya pemangkin pembangunan wilayah yang mampu merancakkan ekonomi di sepanjang jajaran rel berkenaan.

“Kesan gandaan ekonomi ini berpotensi memberi manfaat kepada peniaga kecil, kontraktor, pengusaha perkhidmatan dan golongan belia.

“Pembangunan juga perlu dirancang agar kemudahan pengangkutan, perumahan mampu milik dan peluang ekonomi dapat dinikmati secara meluas oleh rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pembangunan ECRL turut membuka potensi ekonomi baharu di kawasan sekitar stesen, termasuk KotaSAS dalam Parlimen Indera Mahkota.

“Kejayaan pembangunan ECRL harus diukur bukan sahaja melalui kemajuan infrastruktur, tetapi juga melalui peningkatan kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai kadar tambang ECRL yang berpatutan, termasuk diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.