Kereta bertembung lori tangki, seorang maut

Foto RTM

TANJUNG MANIS, 19 Oktober – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit di Jalan Tanjung Manis menghala ke Sibu, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lee Jing Fook, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas KKM.
  • Kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.44 pagi apabila kereta dipercayai bertembung secara berhadapan dengan lori tangki.
  • Mangsa tercampak keluar dari kereta dan terjatuh ke dalam sebuah parit besar berhampiran lokasi.
  • Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa, Lee Jing Fook, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10.44 pagi apabila kereta dipandu mangsa dipercayai bertembung secara berhadapan dengan lori tangki yang dalam perjalanan dari arah Sibu menuju ke Tanjung Manis.

Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam sebuah parit besar berhampiran lokasi kejadian.

Pemandu lori tangki berusia 51 tahun pula mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa ke tempat yang lebih selamat sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi turut melibatkan kerja pembersihan sisa kemalangan di atas jalan raya sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah hari.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.