
DILI, 15 Oktober – Timor Leste menutup sekolah selama tiga hari bermula Khamis berikutan jerebu tebal akibat kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia.
- Kerajaan mengarahkan penutupan sekolah untuk melindungi kesihatan pelajar, guru dan warga pendidikan akibat kemerosotan kualiti udara.
- Penduduk dinasihatkan memastikan anak berada di dalam rumah dan memakai pelitup muka jika perlu keluar.
- Kebakaran hutan akibat kemarau dan El Nino memusnahkan ratusan ribu hektar serta meningkatkan pencemaran udara di rantau, termasuk Malaysia, Singapura dan Filipina.
Kerajaan Timor Leste dalam kenyaataan mengarahkan, penutupan sekolah bagi melindungi kesihatan pelajar, guru dan warga pendidikan susulan kemerosotan kualiti udara. Penduduk turut dinasihatkan supaya memastikan anak anak berada di dalam rumah dan memakai pelitup muka jika perlu keluar.
Seorang pelajar kolej, Vitaliano da Costa Calapes, 18 tahun, beliau sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir.
“Kami berada di rumah tetapi masih meneruskan pembelajaran. Kami sedang menghadapi peperiksaan akhir,” katanya.
Vitaliano berharap pencemaran udara akan berakhir dalam beberapa hari lagi agar sesi persekolahan dapat kembali seperti biasa.
Kebakaran hutan yang semakin buruk akibat kemarau susulan fenomena El Nino telah memusnahkan ratusan ribu hektar hutan dan kawasan ladang di Sumatera, Borneo dan Papua.
Kebakaran itu turut meningkatkan pencemaran udara di beberapa negara rantau ini, termasuk Malaysia, Singapura dan Filipina. – AFP