Dewan Rakyat lulus usul lantik 4 ahli parlimen menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan usul pelantikan empat Ahli Parlimen, menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Dewan Rakyat meluluskan usul pelantikan empat ahli parlimen untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Susunan empat ahli parlimen terdiri daripada dua wakil kerajaan dan dua wakil pembangkang.
  • Nama: Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor); Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam); Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran); Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
  • Usul berdasarkan cadangan Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat mengikut Seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.

Empat ahli parlimen berkenaan masing-masing terdiri daripada dua wakil kerajaan dan pembangkang.

Mereka ialah Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Usul berkenaan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berdasarkan cadangan Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat.

Usul itu kemudian diluluskan menerusi undian suara tanpa perbahasan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa itu terhadap empat nama yang dicadangkan dan tiada keperluan perbahasan usul berkenaan diadakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.