Aksi persahabatan: Malayan Tigress tebus kekalahan

Foto FAM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober – Skuad bola sepak wanita kebangsaan, Malayan Tigress, menebus kekalahan terdahulu apabila menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Aspire Academy, Qatar, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aryssa Mahrt muncul wira dengan gol awal selepas menghukum kesilapan penjaga gol Mona Al-Owais.
  • Gol awal memberi kelebihan, dan Malayan Tigress menunjukkan disiplin tinggi serta pertahanan mantap mengekalkan kelebihan hingga tamat.
  • Kemenangan menjadi pembalas kekalahan terdahulu dan suntikan semangat untuk terus memperbaiki prestasi melalui pendedahan antarabangsa.

Pemain warisan baharu negara, Aryssa Mahrt, muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal seawal minit kelima menerusi tindakan pantas menghukum kesilapan penjaga gol Arab Saudi, Mona Al-Owais.

Jaringan awal itu memberikan kelebihan kepada skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff, yang kemudian mempamerkan disiplin tinggi dan pertahanan mantap untuk mengekalkan kelebihan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia membalas kekalahan 0-2 kepada lawan sama dalam aksi pertama pada 9 Oktober lalu.

Keputusan positif berkenaan turut menjadi suntikan semangat buat Malayan Tigress untuk terus memperbaiki prestasi menerusi pendedahan dalam perlawanan antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.