Kerajaan disaran perkukuh analisa risiko berasaskan AI

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Kerajaan perlu memperkukuh penggunaan analisis risiko berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta mempercepat pendigitalan proses kastam bagi membanteras ketirisan hasil negara dengan lebih berkesan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian JKDM mengutip RM76.1 bilion pada 2025 melebihi sasaran, menunjukkan potensi penguatkuasaan boleh dipertingkatkan.
  • Peningkatan keupayaan pentadbiran, pematuhan dan penguatkuasaan mampu membuka ruang meningkatkan kutipan hasil negara.
  • Penggunaan teknologi canggih perlu disertai integriti tinggi bagi mengelakkan campur tangan, penyalahgunaan kuasa atau kompromi undang-undang.
  • Saranan: tetapkan sasaran ketirisan hasil menjelang 2027 dan laporkan pemulihan serta tunggakan secara berkala kepada Parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pencapaian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengutip RM76.1 bilion pada 2025, melebihi sasaran awal RM67.25 bilion, membuktikan potensi penguatkuasaan negara untuk dipertingkatkan.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa peningkatan keupayaan pentadbiran, pematuhan dan penguatkuasaan mampu membuka ruang lebih luas untuk meningkatkan kutipan hasil negara.

“Namun, penggunaan teknologi canggih perlu disertai integriti yang tinggi bagi memastikan tiada ruang untuk campur tangan, penyalahgunaan kuasa atau sebarang kompromi terhadap undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aminuddin turut menyarankan kerajaan menetapkan sasaran ketirisan hasil menjelang 2027 selain mengadakan laporan berkala mengenai pemulihan hasil dan tunggakan dikemukakan kepada Parlimen bagi memastikan pemantauan serta akauntabiliti dilaksanakan secara berterusan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.