ICRC gesa redakan ketegangan Asia Barat

Foto AFP

GENEVA, 13 Oktober –Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menggesa usaha segera meredakan ketegangan di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik yang memuncak boleh membawa kemusnahan besar kepada puluhan juta orang awam.
  • Orang awam terus menanggung kesan buruk operasi ketenteraan; kematian, kecederaan dan kemusnahan meningkat di Arab Saudi dan Yaman.
  • Semua pihak mesti lindungi orang awam dan infrastruktur awam serta bezakan sasaran ketenteraan; serangan pelabuhan dan lapangan terbang mengancam kehidupan masyarakat.

ICRC memberi amaran bahawa konflik yang semakin memuncak boleh membawa kemusnahan besar kepada puluhan juta orang awam.

Presidennya, Mirjana Spoljaric, berkata orang awam terus menanggung kesan buruk akibat operasi ketenteraan di rantau itu.

Menurut Spoljaric, kematian, kecederaan dan kemusnahan di Arab Saudi sejak beberapa hari lalu membuktikan kesan buruk konflik terhadap orang awam.

Di Yaman pula, jumlah korban, penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta kerosakan infrastruktur awam, termasuk di Aden dan Sana’a, semakin membimbangkan.

Beliau menegaskan orang awam dan kemudahan awam mesti dilindungi daripada serangan, manakala semua pihak yang terlibat dalam konflik perlu membezakan antara orang awam, objek awam dan sasaran ketenteraan.

Serangan terhadap pelabuhan, lapangan terbang serta infrastruktur penting turut berisiko menjejaskan kehidupan masyarakat yang bergantung pada kemudahan berkenaan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.