MyKomuter50: Jimatkan perbelanjaan pengguna lebih RM350 sebulan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Kementerian Pengangkutan

PUTRAJAYA, 12 Oktober – Pelaksanaan inisiatif MyKomuter50 dijangka menjimatkan perbelanjaan pengguna sehingga lebih RM350 sebulan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif MyKomuter50 memberi penjimatan kepada pengguna berulang-alik jarak jauh dan mengurangkan kos pengangkutan serta beban sara hidup.
  • Contoh: penghuni Tanjung Malim bekerja di Kuala Lumpur jimat kira-kira RM366 sebulan berdasarkan kadar tambang semasa.
  • Perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth boleh menjimatkan sehingga RM250 sebulan bagi pengguna.
  • Pelaksanaan disasarkan 1 Disember atau selewat-lewatnya 1 Januari 2027 bergantung kesiapan sistem KTMB; tiket diutamakan tanpa pendaftaran dan digital digalakkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu memberi penjimatan khususnya kepada pengguna yang berulang-alik ke tempat kerja dari jarak jauh sekali gus mengurangkan kos pengangkutan dan beban sara hidup rakyat.

“Sebagai contoh, seseorang itu tinggal di Tanjung Malim dan bekerja di Kuala Lumpur, tambang bulanannya boleh mencecah RM416 bagi 20 hari bekerja, dengan 40 perjalanan pergi dan balik pada kadar RM10.40 setiap perjalanan. Dengan MyKommuter50, mereka dapat jimat RM366. Ini untuk pengguna-pengguna dari Tanjung Malim.

“Untuk perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth, mereka boleh menjimatkan sehingga RM250 sebulan,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan inisiatif itu disasarkan seawal 1 Disember ini atau selewat-lewatnya 1 Januari 2027, bergantung kepada persiapan sistem oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya, mekanisme pelaksanaan sedang diperincikan, termasuk sistem tiket, dengan keutamaan diberikan kepada kemudahan pengguna tanpa memerlukan pendaftaran.

“Jadi ada sebulan lebih untuk pihak KTMB membuat persiapan dari segi sistem dan tidak perlu pendaftaran. Ini sesuatu yang kita nak memudahkan penumpang dan kita akan lihat dengan KTMB dari segi sistem ticketing itu. Kalau boleh buat secara digital lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media susulan pembentangan Belanjawan 2027 di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.