PGA rampas 3.2 tan beras disyaki diseludup dari Thailand

Beras seberat 1,050 kg dirampas PGA bersama sebuah kereta berwarna hijau/Foto PGA Briged Tenggara

TUMPAT, 11 Oktober – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 3,200 kilogram (kg) beras bernilai RM12,800 yang disyaki diseludup dari Thailand menerusi tiga operasi berasingan di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan melibatkan tiga kereta, sebuah hijau dan dua hitam; nilai keseluruhan dianggarkan RM29,600.
  • Dalam kejadian berasingan, 1,100 kg ditemui dalam satu kereta; 1,050 kg bagi setiap dua kereta lain, pemandu melarikan diri.
  • Beras dipercayai diseludup dari Thailand melalui Sungai Golok menggunakan pangkalan haram, kemudian diangkut menggunakan kenderaan darat.
  • Tiada tangkapan dibuat; semua rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan, disiasat mengikut Seksyen 20 Akta 1994.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan melibatkan tiga kereta, iaitu sebuah kereta berwarna hijau dan dua kereta berwarna hitam, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM29,600.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 7 malam, anggota PGA menemukan 1,100 kg beras di dalam sebuah kereta hitam yang ditinggalkan di tepi jalan selepas pemandunya menyedari kehadiran polis.

“Dalam dua kejadian berasingan, pada pukul 7.15 malam dan 7.30 malam, anggota turut merampas 1,050 kg beras daripada setiap kereta yang ditinggalkan pemandunya ketika cuba melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beras seberat 1,050 kg yang ditinggalkan bersama sebuah kereta berwarna hitam selepas pemandunya melarikan diri di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan/Foto PGA Briged Tenggara

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati beras berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui Sungai Golok menggunakan pangkalan haram sebelum diangkut menggunakan kenderaan darat.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat dalam ketiga-tiga kejadian itu.

Beras seberat 1,100 kg yang dirampas PGA bersama sebuah kereta berwarna hitam

Semua rampasan diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.