Sultan Nazrin rasmi IPD Muallim baharu

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim / Foto BERNAMA

SLIM RIVER, 6 Oktober – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turut hadir ahli kerabat diraja, Menteri Besar, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara.
  • IPD Muallim moden berfungsi sebagai hab operasi lengkap dengan teknologi terkini, sistem komunikasi efisien dan kemudahan sokongan.
  • Dibina di atas 11.34 hektar dengan peruntukan RM85 juta; pembinaan bermula 27 Disember 2017 dan siap 30 Jun 2025.

Keberangkatan baginda pada pukul 10 pagi diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Dalam sembah ucapan, Datuk Seri Dr Shamsul berkata, pembangunan pesat daerah Muallim yang merangkumi Tanjung Malim, Slim River, Behrang, Trolak dan Proton City menuntut kesiapsiagaan pasukan polis yang lebih dinamik.

“Selaras dengan pengisytiharan Daerah Muallim sedekad yang lalu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan kompleks IPD Muallim yang moden bagi menyokong tanggungjawab PDRM yang kian besar.

“Ia bukan sahaja bangunan pentadbiran, malah merupakan hab operasi yang dilengkapi teknologi terkini, sistem komunikasi yang efisien dan kemudahan sokongan yang kondusif,” katanya.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan lafaz dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

IPD Muallim baharu dibina di atas tanah seluas 11.34 hektar dengan peruntukan keseluruhan RM85 juta.

Pembinaannya bermula pada 27 Disember 2017 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2025.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.