Gempa bumi sederhana di Laut Flores, Indonesia

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di Laut Flores pada 10.20 malam ini, dengan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian gempa.
  • Pusat gempa pada koordinat 7.2 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur.
  • Terletak kira-kira 272 kilometer tenggara Makassar, Indonesia.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 7.2 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur, kira-kira 272 kilometer tenggara dari Makassar, Indonesia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.