Pandangan Tun Dr Siti Hasmah sentiasa mendapat perhatian – Hannah Yeoh

Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 September – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh menyifatkan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai seorang tokoh yang tidak perlu bersuara lantang untuk didengari, sebaliknya setiap pandangan beliau sentiasa mendapat perhatian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sentiasa tenang dan setia menyokong Tun Dr Mahathir, termasuk semasa beliau kembali menerajui pentadbiran negara.
  • Pemergian beliau amat dirasai, lebih-lebih oleh Tun Dr Mahathir selepas menjalani kehidupan bersama selama beberapa dekad.
  • Menjadi contoh kepada wanita melalui penekanan pendidikan dan kerjaya perubatan yang membuka ruang sumbangan kepada masyarakat.

Menurutnya, Allahyarham juga sentiasa tenang dan setia memberikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk ketika bekas Perdana Menteri itu kembali menerajui pentadbiran negara buat kali kedua.

Hannah berkata, pemergian Allahyarham amat dirasai semua yang mengenalinya, khususnya oleh Tun Dr Mahathir selepas menjalani kehidupan bersama selama beberapa dekad.

“Sedih, saya lihat video dan gambar Tun Dr Mahathir, saya agak risau bila tengok beliau. Pastinya beliau akan rindu kerana telah lama menjalani kehidupan bersama Tun Dr Siti Hasmah,” katanya di sini.

Hannah turut menyifatkan Allahyarham sebagai contoh kepada golongan wanita, terutama menerusi penekanannya terhadap pendidikan dan kerjayanya dalam bidang perubatan yang membuka ruang untuk menyumbang kepada masyarakat.

Mengimbau pertemuan peribadinya dengan Allahyarham, Hannah berkata Tun Dr Siti Hasmah seorang yang lembut dan prihatin, malah bukan sekadar bertanyakan khabar tetapi benar-benar meluangkan masa mendengar jawapan yang diberikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.