Mesyuarat khas urusan PRN Melaka pada 7 Oktober – SPR

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 23 September.
  • Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR untuk membincangkan tarikh penting termasuk Writ, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian.
  • SPR akan membincangkan daftar pemilih serta persiapan lain dan mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat.

Menurut Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus, mesyuarat berkenaan diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lepas.

“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya berkenaan termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, SPR juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PRN tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu selesai,” jelasnya lagi.

Pada Selasa lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.